Friday, December 24, 2010

BARBECUE AT MY HOUSE!!!!





Kami berempat mmg begini!!! Hahaha....Peace semedang!

Mina: jgn contol cunn sgt...hahaha 




 Entah kereta sapa kitorg amik buat sandaran...kiranya kereta ni jd sandaran pada kenangan...hehehe.....*poyo2....

PEACE BEBEH PEACE!!!

Apa ni korg??? Asik kita jer yg wat peace??? Korg tak wat pun....ini namanya mahukan WAR!!! Hahahaha....






 II LOIKE THIS ONE!!! 
COOL!!! Heheheh...




Beraksi jangan tak beraksi ey! Hahaha....
suma pose dgn gaya tersedndiri...
free style gituh! Hahahah...

Komen juri: POYO GILEK DAKK@ NIH!!! Hahaha!
 Kitorg ada makanan kat sini! Awak ada ke??? Hahaha...*kerek!!!


  
Sedapnye Barbecue SIKEN nih! Hehehehe





 MAKAN SEMEDANG!!!!
LALALALALA~~~~




  SI HUDA DENGAN JAGUNG JAGUNGNYA!!!! 

P/s: Malam tu dia melantak jagung smpai cacat...hehehe
  




 KAMI GEMAR MAKAN BAHULU!!! 
HEHEHEHE!!!



"Daddy punn nak interframe gak..."


Hiyerlah....bg can lah kat dia...hehehehe








 TAK HABES@ BGN KIPAS DIA! 
HUH!

 BEH!!! 
KITA KAWAN SAMPAI MATI!!!! 
INSYAALLAH!!!!




Liana says:

 "" Agak-agak kalau kita duk kat tepi jalan, buat muka kesian acanni, org lempar syilling dak kat kita???" 

Annie says:

"Bukan setakat syilling, ngan WALLET2 skali diorg lempar!"

Hehehehhe....  

JALAN RAYA INI KAMI YANG PUNYA!!!! 
HAHAHAHAHAHAHAHA!!!

MY MAMA SOLING!!!

Inilah nenek aku yang terchenta! Nama dia  TEOLINDA PALENCIA! Umur dia dah 70++ tp tetap gagah perkasa lagi...boleh kmas umah...basuh baju...masak....semualah! Aku kagum ngn dia....dia baik sangat! Bila tulis2 mcm ni, rse sedih lakk...sbb rindu hilek lah kat dia...tak nak tulis byk2 lah....nnt nges! Susah! Hehehe...ape2 pun MAHAL NA MAHAL KO C MAMA!!!! <3

My Cuzinz in Philippines!!!





 
Aku mulakan dengan mamat yg agak poyo tapi encem kat hujung skali tuh...nama dia JOSHUA ISIDRO.....satu2 nye cuzin lelaki yg aku ada...huhu....nasiblah ada sorg...kalau tak perempuan jer semua.....nasib baik jugaklah dia lebih hormon testosterone...kalau takk msti cuzin makk ni dah jd noks2 nyahh! Hahahah....ape jelah aku nih....hehehe....dia tuh boleh lah layan kepala memekak kat umah...karoke kuat2 mcm org pekak...hahahhaha....

Yang berbaju putih yang cunn melecunn tuh JOBELLE ISIDRO namanya.....dia sangat cantik dan comel..hehehe...pndai bergaya punn iya gakk....abd! Seksi meksi you! Daring habis! Hahahha...tu yg slalu kene marah....tp dia ni dah ade pakwe lah...so sorry...tak boleh mintak rekomen...hehehhe....balak dia bukan calang2 org..tp mamat dr ostrolia....heheheh....dia ni pun sama macam ate Jilma....dia akan bg ape yg aku nak...sbb tu aku suka sangat bila balik P'pines! Aku laha raja time tuh..kalah mummy daddy sbb aku suka demand lebih...hahahaha...betapa cekik darahnya aku! Huish! 

Yang berbaju gold tuh namanya JEWEL MEEI ISIDRO....cuzin aku palin bongsu...dia ni lain sikit...kami semua putih2 belaka...dia sorang jaa hitam...heheheh....*mulut longkang ckp org hitam...hehehe....dia ni mmg rajin layan aku....smpai aku pun tak terlayan dia...layanan kamu mmg first class! I loike! tp too much kdg2 rimas gak...hehehe....ape2 pun aku mmg rapat gilek ngn dia....syg dia! Mmuah! Mahal na mahal kita!!! <3

Yang hujung skali belah kanan tuh namanya JANELLE ISIDRO....kakak angkat aku...sbb dia ni anak angkat mummy aku...dia ni terlampau baik...sbb tu slalu ditindas...heheheh....dia insan yg lemah....aku jugak yg kene tolong dia....jd guardian angle dia...susah nak ckp ngn dia ssb dia pun malu nak cakap english...jd akulah yg terpaksa ckp tagalog walaupun berterabo dan acapkali digelakkan semua org....well, aku sdg mencuba, kalau gelak kene penggalngn aku! Sbb aku samseng kat sama...ikut jejak mak aku! Hahahha...

Walaupun aku dgn cuzin aku ni ada communication breakdown, tp aku sedar...kelemahan ini yg mendatang kelebihan kepada aku....kelebihan untuk aku menuntut bahasa tagalog, bahasa ibunda aku *bahasa mak akulah! Walau byk ragam mcm mana ounn,,,believe me....aku syg korg semua! MAHAL NA MAHAL KITA!!!! <3 <3 <3 <3<3 





Nilah family sebelah mak aku...diorg semua kristian...mak aku sorg jer Muslim...hehehe....
 

Baiklah, kita mula dari paling kiri....yg kiri sekali tu, kakak mummy yg paling sulung sekali...nama dia SONIA ISIDRO...dia sgt dan teramat baik....spesis susah nak marah...anak dia ada lima, 4 pmpuan 1 laki *hensem siot! hahaha....aku paling suka dia punya fruit salad, buko salad n buko pandan! Pergh! Sedap sehingga menjilat Fridge wa cakap lu! Heheheh...mahal kita, tita sonia! <3

Sebelah makcik aku yg bernama sonia tu pulak, my MUMMY...dalam 4 bradik ni, dia yg paling garang! Huh! Seram! semua adik bradik dia ngn anak2 sdara dia takut ngn dia...aku? Aku mana makan saman! Rasanya aku sorg je kut yg tak takut...hahahah....aku kan pejuang hak asasi manusia! *prasan! Cukuplah sekadar aku respect dia...kalau rasa ap yg dia buat tu salah, aku tegurlah...sapa lg nak tgur??? Da suma pengecut! Takut kene sembur free2...Mummy aku ni jenis pulak kalau dia cakap dia akan buat...buatnya dia cakap nk trajang org, mmg dia buat! Sama ngn aku lah...hahaha....sbb tu aku tak takut! hehehe*branilah tu kunun....garang2 mummy aku ni, dia suka buat lawak...mmber2 aku semua dah kene ngnjing ngn dia...hahahah....

Yg sebelah mummy pulak,(no 3 dr kiri) adik mummy aku....Nama dia LEONORA PALENCIA.....dia ni pun takut ngn mummy...hahahha ...dia lah makcik aku yg paling sporting! Best layan kepala otak dia....lg 1, dia ni tak 'kede' heheheh....tu yg wat aku syg lg kat dia! Kalau 'kede' jgn harap aku nak syg! hahaha....tp 1 jer yg dia tak suka...dia tak suka anak sedara prempuan dia pakai seksi2...aku? Aku tentulah litup...anak2 sdara yg len....diorg bukan muslim, maklumlah.... so, aku tak ada problem dgan itu perkara...aku kan muslimah sejati! *ecececeh!

Mamat yg duk berdiri kat hujung sekali tu tak lai n tak bukan pakcik aku. Adik mummy yang bongsu...Nama dia ERNESTO PALENCIA....dulu aku benci gilek2 ngn dia...mana tak bencinya....dia spoil brat, aku spoil brat! Mana nak click! Ape dia nak aku pun nak! Geram! Tp skrg tak lah....dia dah baik, aku sepuluh kali baik! Dulu budak2 manatau....skrg dah besar...da boleh pk...hehehe....ape2 pun aku syg gak kat pakcik aku ni, wlupun kdg2 aku janggal gila nak cakap ngn dia....hehehe....tp kalau korg dgar kata-kata dia??? Pergh! Boleh meleleh air mata nih...bukan menyengat, tp sastera....sehingga membuatkan aku menagis...malankolik sgt...hehehe....

Apa2 pun aku amat syg mereka2 ini....walaupun berbeza agam ,tetapi agama Islam tidak pernah melarang kita drpd saling menyayangi antara satu sama lain...asalkan kita tahu kedudukan dak tanggungjawab kita terhadap-Nya....then, no problem ey! Aku harap sangat satu hari nanti Allah aku bg hidayah kepada mereka....AMIN!

GUYS! MAHAL NA MAHAL KITA!!! <3 

Saturday, December 18, 2010

Sesuatu pasal aku!!!

Ekhem...kengkawan! Aku nk bgtau sedikit mikit nih....aku ni bercita2 tinggi utk menjadi seorg penulis yang brejaya...gaya bahasa aku sempoi jaa! Janji rock! Hahahahah....aku ada post karya nukilan cerpen pertama aku kat bawah ni....enjoyy!




 Misliha Hadad melangkah keluar dari mahkamah syariah itu dengan perasaan yang berbaur. Inikah imbalan segala pengorbanannya selama ini? Apa malang punya nasib, sudahlah sedang sarat mengandung tujuh bulan kemudian diceraikan suami pula. Haihh….apa nak buat sudah nasib badan. Mama pula tidak habis-habis menyalahkan diriku sedangkan yang bersalah bukan aku. Tetapi lelaki itu! Ya, Ahmad Zihan. Lelaki yang membawa seribu penderitaan kepada dirinya.
     Ahmad Zihan datang ke dalam hidup aku selepas aku menamatkan pelajaran ku di UUM. Mama yang menjodohkan aku dengan lelaki itu. Kami dipaksa berkahwin olah ibu bapa kami. Perasaan aku terhadap dirinya kosong. Sifar. Zero.
      Dia seorang lelaki yang tegas. Tiada keceriaan yang menyelubungi hidup lelaki itu. Hanya awan mendung yang sentiasa menemani setiap langkahnya. Walaupun Ahmad Zihan tidak mengendahkan aku, dia tetap akan memberi nafkah zahir dan batin kepada aku. Setiap malam, lelaki itu akan memaksa aku melayan nafsunya. Apa dia ingat aku ni pelacur? Amat menyedihkan!
      Fikiran Misliha Hadad kembali menerawang kepada peristiwa di mana dia diceraikan oleh sang suami yang tidak pernah bertanggungjawab itu…
     Pada suatu petang, Ahmad Zihan pulang awal ke rumah. Ketika itu, aku sedang berbual diluar rumah bersama Kamal. Jiran selang dua blok rumah dari rumah kami. Kama merupakan seorang lelaki yang ramah dan prihatin. Namun, keprihatinan yang ditunjukkan oleh Kamal mengundang api cemburu Ahamd Zihan.
     Entah roh apa yang merasuk dalam diri Ahmad Zihan petang itu. Lelaki itu menjerkah Kama dengan kata-kata yang kesat. Pelbagai tuduhan yang dusta dilemparkan kepada Kamal. Selepas memaki hamun Kamal, kini giliran Misliha pula. Ahmad Zihan menarik kasar tubuh Misliha ke dalam rumah. Tubuh yang sedang membawa byawa itu dihempaskan keatas sofa di ruang tamu.
    
     “ Kau memang perempuan yang tak ada maruah. Aku kerja kat luar kau buat projek kat belakang aku! Sanggup kau ada hubungan sulit dengan budak Kamal tu? Entah-entah budak dalam perut kau tu anak si Kamal tu tak? ” Jerkah Ahmad Zihan kepada Misliha.
     “ Astaghfirullah, abang! Mis tak pernah buat benda terkutuk tu bang…” Rayu Misliha sambil memeluk kaki suaminya. Dirinya sudah dilaksanakan seperti anjing tak bertuan oleh lelaki ini. Tidakkah dia kasihan terhadap kandungan aku ni?
     “ Mengucap konon. Ahh, sudahlah! Kau ingat aku percaya ke? Pergi mampuslah.” Ahmad Zihan menarik-narik rambut Misliha dengan kuat sehingga banyak rambut wanita malang itu terputus dari kulit rambutnya.
     Misliha meraung kesakitan tatkala rambutnya ditarik kuat. Sudahlah dia penat membawa kandungan, sekarang dia dipukul pula. Ya Allah, selamatkanlah kandungan ku ini.
     “ Sumpah bang, Mis tak pernah ada hubungan sulit dengan Kamal. Demi Allah bang,” rintih Misliha lagi. Hancur luluh hatinya.
     “ Sudah! Sudah! Kau tak payah nak bersumpah dengan nama Tuhan. Aku takkan percaya kata-kata perempuan sundal macam kau ni. Sekarang kau dengar baik-baik apa yang aku nak cakap ni, aku ceraikan kau dengan talak dua!”
     “ Abang! Astaghfirullah…” Apa salah aku sehingga diperlakukan sebegini rupa?
     “ Kau kemas barang-barang kau lepas tu berambus dari rumah ni! Aku tak nak tengok muka perempuan yang curang macam kau ni lagi! Berambus!!!”
     Teguran dari  Imanisha membuatkan lamunannya terhenti. Misliha menarik nafas sedalam-dalamnya. Kaca mata hitamnya diperbetulkan.
     “ Sudah-sudah lah tu Mis, kau berhenti fikirkan pasal lelaki durjana tu. Sekarang kau dengan baby mulakan hidup yang baru.” Imanisha menegur sahabat baiknya itu. Sedari tadi Misliha asyik termenung jauh.
     Misliha mengeluh berat. “ Yalah, Nish. Aku memang akan melupakan dia. Kau jangan takut. Aku akan baik-baik aje ni. Rilekslah beb!”
     “ Yalah tu. Yang tadi kau duk termenung tu apa kes?”
     “ Sarkis!” Jawab Misliha kemudian ketawa mengekek. Imanisha yang geram dipersendakan oleh Misliha kemudian mencubit pipi gebu Misliha. Terjerit kuat ibu mengandung itu.
     “ Padan muka kau. Kacau aku lagi.Ha! Sekarang kau nak buat apa? Balik rumah mama papa kau kat Johor ke? ”
     “ Hmm…rasanya tak. Mesti pekak telinga aku kalau balik rumah mama. Aku ingat aku nak balik Johor tapi bukan untuk tinggal dengan mama papa, tapi tinggal sendiri. Aku nak berdikari,” jelas Misliha.
     “ Boleh ke? Kau tu mengandung tau. Kalau ada jadi apa-apa siapa nak tolong? Kalau kau duduk dengan aku, aku ada. Aku boleh tolong jaga kau dengan baby,” risau juga Imanisha mahu melepaskan Misliha sendiri.
     “ Kau jangan risau. Insyaallah aku akan jaga diri aku dengan baby baik-baik. Kau doakan aku yer bestie?”
     “ Betul ni? Yalah. Kata-kata Misliha Hadad binti Mukhriz Hizbur siapa boleh lawan.”
     Misliha hanya senyum apabila disindir Imanisha. Ya! Dia nekad. Dia mahu berdikari. Dia tidak mahu menyusahkan orang lain. Ini untuk kebaikan dirinya juga yang bakal dilabel sebagai ibu tunggal.


     Alhamdulillah. Akhirnya sampai juga Misliha di rumah sewanya. Em, lawa juga rumah teres tiga bilik ni. Pandai Maldihah cari. Maldihah Hanan, adiknya yang rapat dengannya itu memang boleh diharap.
     “ Kak, boleh tak rumah ni?” soal Maldihah kepada kakaknya yang sedang duduk di atas sofa. Segelas air blueberry disua. Kakak kesayangannya itu kelihatan lesu sekali. Maklumlah penat memandu seorang diri dari Kuala lumpur ke Johor Bahru. Perut memboyot pulak tu.
     “ Okay sangat. Tapi bilik banyak sangatlah Maldy. Akak duduk seorang aja kat sini.” Perlahan-lahan air berwarna biru itu diteguk, Fuhh! Segarnya!
     “ Siapa cakap akak duduk seorang? Maldy pun pindah sini tau. Akak ambil master bedroom. Maldy ambil bilik disebelah bilik akak.”
     “ Hah! Mama tahu tak Maldy pindah dengan akak ni? Eh, kan akak cakap tak payah bagitahu mama. Maldy ni!” marah Misliha. Dia sebolehnya tidak mahu Mama tahu dia menetap sendiri di Johor Bahru ni. Nanti haru jadinya.
     Ak enna ibu mengandung ni. Kalut pulak dia. Rileks lah kak. Mama tak tahu pun. Maldy cakap Maldy pindah rumah kawan, nak berdikari. Mula-mula tu memang mama tak bagi, tapi nasib baik papa back-up Maldy.”
     “ Oh. Sorrylah. Akak terkejut tadi. Mikhael dengan  Musfirah apa khabar?” Misliha tidak lupa bertanyakan khabar adik bongsu kembarnya iaitu Mikhael Haseef dan Musfirah Humaira.
     “ Si kembar tu okay je. Diorang tengah struggle tu. Calon SPM yang cemerlanglah katakan.”
     “ Oh, akak lupa diorang ambil SPM tahun ni. Em, Maldy, akak nak solat dulu. Lepas tu kita keluar beli barang dapur eh? Biar akak masak.”
     “ Tak payah lah kak oii. Malam nanti kita keluar makan sudah. Akak kan baru sampai ni. Pergi rehat dulu.”
     Misliha tersenyum kearah Maldihah seraya mengatur langkah kebiliknya. Kewajipan sebagai seorang hamba Allah perlu dilaksanakan. Dia tidak mahu berhutang diakhrat kelak.


     Malam itu, seperti yang dijanjikan, Misliha dan Maldihah keluar makan. Mereka memilih untuk makan di Restoran Singgah Selalu. Pada mulanya Maldihah bercadang mahu ke Plaza Angsana sahaja, memandangkan kakaknya itu sedang sarat mengandung. Tetapi Misliha pula mengada-ngada mahu makan ni Restoran Singgah Selalu. Maldihah hanya turutkan saja apabila Misliha menggunakan modal mengidam. Layan ajelah kepala kakaknya itu.
     “ Kak! Lepas makan ni balik ya?” soal Misliha di kaunter pembayaran.
     “ Akak nak jalan-jalanlah. Dah lama akak tak balik Johor ni. Rindulah! Apa kata kita pergi Danga Bay pulak lepas ni? Dekat sangatlah tu. Akak nak pergi karaoke lah,” jawab Misliha.
     “ Haih? Ibu mengandung ni. Akak tu mengandung tau tak? Akak jangan nak mengada-ngada. Kita balik lepas ni. Jangan nak buat kerja gila. Kita bukan budak-budak lagi. Akak nak jadi mak budak dah ni,”  bebel Maldihah.
     Maldy nilah. Kalau bebel macam makcik-makcik! Seingat aku aku dah tinggalkan mama kat rumah. Ada pulak mama junior kat sini. Tanpa Misliha sedari lelaki yang sedang beratur didepannya tersenyum mendengar perbualan mereka dua beradik.
     “ Maldy, bolehlah. Jalan-jalan aje. Tak nak karaoke. Boleh ekk Maldihah Hanan Mukhriz Hizbur???” harap-harap Maldy cakap yes! Muka aku dah ready for take 1,2,3 action nih! Dah tukar mode pelakon fofular minta simpati ni.
     No!” jawab Maldihah. Tegas.
    Dush! Maldy ni tak sporting langsunglah. Esok hari ahad, bukan dia kerja pun? Ni mesti nak balik rumah cepat-cepat sebab nak chatting dengan Prof. Fitry lah tu. Hampeh punya adik!
     Misliha menarik muncung sehasta. Asyik sedepa je, sehasta pulak. Pendekkan sedikit.Hehehe.  “ Maldy ni Nampak noh tak sayang akak. Tak apalah. Siapalah akak ni. Dahlah kena cerai dengan suami. Dibenci mama sendiri pulak tu.”
     “ Amboi. Ayat tak hengat! Yalah.Yalah. Lepas ni kita pergi. Eh, pesal ramai pulak orang nak bayar ni? Lam mim ba ba (lembab) betullah!” marah Maldihah.
     Lek lek sua sudah, Maldy. Akak tunggu kat luarlah. Da…”


     Misliha menukar posisinya. Baring sebelah kanan tak kena. Menghadap sebelah kiri tak sedap. Adoi! Bosannya. Maldihah pula sejak tengahari tadi sudah keluar dengan tunang terchenta. Menyesallah pulak aku suruh dia keluar aja tadi. Haish! Tak baik mengungkit Misliha. Kasihan adik kau tu.
     Argh! Tak boleh jadi ni. Kaki aku ni gatal aje nak merayap. Kalau dah macam tu, apa lagi! Merayaplah! Hehehe. Misliha bangkit dari pembaringannya kemudian berjalan kearah almari lalu mengeluarkan sehelai blaus berwarna pink.
     Kunci kereta Toyota Rush nya dicapai. Kemana harus ku pergi? Hmm? Angsana? Dekat sangatlah. City Square? Serabutlah kat sana. Banyak budak muda. Danga Bay? Dah jalan dah semalam. Haa! Jusco Tebrau! Yes! Kat sana ada Harris Bookstore. Bolehlah aku duduk berjam-jam kat sana. Hehehehe.
     Setibanya di Jusco Tebrau, Misliha menyerang Harris terlebih dahulu. Hmm? Novel apa yang best? Take your time, Mis!
     Tiba-tiba perutnya sakit. Novel yang berada ditangannya terlepas. Ya Allah! Sakitnya. Nak beranak ke ni? Kesakitan yang terlampau membuatkan Misliha jatuh terduduk. Perutnya ditekan-tekan. Orang disekeliling mula panik.
     Excuse me! I’m a doctor,” selar seorang lelaki. Dia mahu melihat apa yang terjadi. Situasi tersebut menggambarkan seperti ada berlakunya kemalangan.
     Help me. It hurts!” Misliha menggenggam erat tangan lelaki yang mengaku dirinya sebagai doktor itu.
     “ Wait. I’m calling the ambulance. Everybody please give her some space,” lelaki itu menekan-nekan lembut perut Misliha. “ Hang in there, sweetheart. The ambulance will arrive soon. You and your baby will be fine.
     Samar-samar mata Misliha melihat doktor itu. Sedetik, dua detik, tiga detik….kemudian matanya tertutup rapat.


     Kelopak mata Misliha terbuka perlahan-lahan. Aku ada kat mana ni? Kat syurga ke? Putih aje semua? Ya Allah!
     Good Morning, Misliha,” tegur satu suara.
     “ Huh?” lamunannya terhenti. Siapa pula yang tegur aku? Kenapa suaranya itu pernah aku dengar.
     Hey, are you okay?” soal suara itu pula.
     Misliha bangkit sedikit demi sedikit sambil dibantu oleh lelaki itu. Matanya tidak berkelip memandang lelaki itu dengan penuh tanda tanya.
     “ Err, who are you? ” soal Misliha.
     I’m Henry Wright, the doctor that helped you yesterday. You’re in the hospital right now. Your baby is fine, he is as strong as his mummy. By the way, your sister called and she was very worried about you. She said that she will be coming here in a jiffy,” terang lelaki itu seraya tersenyum manis. 
     Thanks for helping me. I’m...
     “ Misliha Hadad.”
     How do you know my name? “ takut jugak aku bila dia ni tahu nama aku.
     “ I know it when I opened your wallet to find you Identity Card. I’m sorry if I made you feel uneasy.”
     It’s okay. Err, doc, can I ask you something?” Misliha memulakan sesi soal jawab.
     “ Boleh. Apa soalan awak tu?” Henry menjawab dalam Bahasa Melayu.
     Misliha ternganga.
    Walawei! Bahasa jiwa bangsa punya mat saleh lah wehh! Tapi slang tetap ada…Hahaha…
     “ Kenapa? Tak percaya ke? Hahaha. Saya pandai cakap melayu. Dah bertahun saya duduk Malaysia ni,” terang Dr. Henry.
     “ Ooh? Doktor ni kacukan ke? Nama macam mat saleh tapi muka macam ada campur cina sikit ni,” macam-macamlah Misliha Hadad ni. Mulut tu kalau dah bukak mesti banyak soal.
     “ Ya. My dad asal daripada Australia, my mum pula Chinese. Kenapa awak tengok saya macam tu? Encem sangat ke saya ni? Terpikat ke? ”
     Berlawak pulak dia. Encem tu memanglah encem. Macho tu memanglah macho. Tapi doktor ni bukannya beragama Islam macam saya. Kita tak boleh gamelah doktor.
     Hensemlah sangat,” perli Misliha.
     “ Hah? Tak hensem?” Aik? Mak budak ni memang nak kena. Aku yang hensem macam Taylor Lautner ni dia perli-perli tak hensem?
     “ Tak,” hahaha. Bestnya memperkotak-katikkan orang. Dah lama aku tak buat kerja ni. Sejak berkahwin dengan lelaki mithali-lah-konon tu dah lama aku tak buat kerja jahat aku ni.           
     Dia memang lelaki yang tak bagus. Anasir jahat!
     What? Awak ni biar betul?” Haish! Tak puas hati betullah dengan Misliha Hadad ni.
     “ Hahahahaha. Perasan hensemlah doktor ni. Teruk betullah. Yalah, yalah. Doktor ni hensem. Nah, satisfied?”
     “ Hahahaha. Ooh, pandai buat lawak ek?” Cis! Aku kena Bam Bam Boom dengan Puan Misliha Hadad yang memang comel ni.
     “ Woi! Bukan main happy lagi akak ni ekk?” tegur Maldihah yang datang dari mana entah. Adiknya itu datang bersama tunangnya.
     “ Henry?” Fitry yang menjengah tiba-tiba bersuara.
     “ Fitry?” sahut Dr. Henry pula.
     Misliha dan Maldihah hanya berkelip apabila melihat kedua lelaki itu duk ketawa tak henti-henti.


     Betapa kecilnya dunia ini. Pusing-pusing dah jumpa. Rupa-rupanya Fitry dan Dr. Henry merupakan housemate.
      “ Kak…” panggil Maldihah.
      “ Hmm?” apelah budak kecik ni nak. Kacau aja orang tengah baca majalah Pa & Ma ni.
      “ Kak!” jerit Maldihah.
     Gila ke apa budak kecik ni? Mahu pekak aku dengan anak aku dengat suara nyaring dia tuh!  “ Apalah. Maldy nak cakap, cakap ajelah. Toksah duk jerit-jerit macam beruk mak yeh. Pekak tujuh keturunan akak tahu!”
     Maldihah hanya tersengih mendengar teguran kakaknya itu. “ Sorrylah kak. Maldy nak cakap ni. Akak tak rasa ke yang Dr. Henry tu hensem? “
     Ak enna budak ni. Dah ada tunang tu diam-diam sudah. Buat apa nak fikirkan si Dr. Henry tu. Lebih baik fikirkan si Fitry tu. Ada jugak faedahnya.
     “ Tak. Kenapa? Maldy nak dengan dia ke?” soal Misliha. Sengal punya otak.
     Bengong ke apa akak aku ni? Prof. Fitry Azrai’ tu nak sumbat kat mana?  Dia dah datang dah perangai gila-gila dia tu. Tapi tak apalah. Sekurang-kurangnya dia gembira. Tak macam masa duduk dengan bakal-bekas-abang iparnya itu. Entah apa-apa yang dingomel Maldihah dalam hati kecilnya.
     “ Akak dah kenapa? Abang Fitry nak sumbat kat mana? Entah apa-apa aja perangai,” marah Maldihah. Aku nak kenen-kenenkan dia dengan Dr. Henry tu, dia kenen-kenenkan aku      dengan Dr. Henry balik. Sungguh tidak betul!

     “ Sumbatlah kat mana-mana pun. Kat lubang hidung boleh. Lubang telinga boleh. Susah-susah sangat kat lubang tandas. Hahahaha,”  minah senget dah maih dah! Kwang…kwang…kwang…
    Kakak nilah. Perangai tak ubah macam budak kecik. Ada ke patut dia main-mainkan aku. Hish! Tak patut! Tak patut!
     “ Akak jangan main-main boleh tak? Akak tak suka ke dengan Dr.Henry tu?” jangan putus asa Maldihah!
     “ Biasa aja. Kenapa? Ingat akak tak paham ke apa yang duk tersemat kat dalam kepala hotak Maldy tu. Sorrylah Maldy. Akak rasa trauma lah nak kahwin lagi. Lagipun akak ni belum sah cerai lagi. Bila baby dah lahir barulah sah akak bercerai. Ada edah lagi. Akak rasa Dr. Henry tu takkan suka kat akak dan akak pula takkan sukakan dia. Ada reti?”
    Maldihah hanya tersenyum sumbing mendengar kata-kata kakak kesayangannya. Kalau kakaknya mahu menjadi lone ranger selepas bersalin nanti, apa yang nak dikatakan lagi. Mana boleh melawan kata Misliha Hadad!


     Klinik Mother & Child? Hmm…Gasak ajelah. Dah Maldihah yang syorkan klinik ni. Maldy ni kenapalah pulak tiba-tiba suruh aku pergi medical check-up. Tapi bagus juga. Mana tahu ada komplikasi atau masalah ke? Lebih baik aku ikut ajalah.
     Usai mendaftar Liana duduk diatas kerusi yang disediakan. Bau ubat ni memang meloyakan tekak aku betullah. Kenapalah banyak sangat orang nak check-up pagi ni? Adoyai.
     Setelah lama menunggu akhirnya nama Misliha dipanggil. Misliha berjalan ke arah bilik rawatan doktor. Tercatat Dr. Henry Wright pada pintu bilik itu. Eh, eh? Macam kenal aje nama itu?
     Terlopong mulut Misliha tatkala memandang gerangan doktor dihadapannya itu. Patutlah beria-ia si Maldy tu suruh aku pergi medical check-up. Ada udang di sebelaik sambal nih! Huh You wait! You wait Maldy!
     “ Jangan nganga besar-besar. Nanti lalat masuk,” tegur Dr. Henry.
     “ Haish! Mana ada. Err, awak ker doktor kat sini? ” Misliha ni kalau nak tahu, dia kalau terperanjat entah apa-apa yang keluar dari mulut dia. Yang tak masuk akal semua keluar.  Adei. Misliha…Misliha…
     “ Taklah. Saya ni tukang masak kat sini,” sindir Dr. Henry.
    Kurang asam tengik punya doktor. Antilah pulak aku kat dia. “ Pandailah awak kenakan saya balik ekk? Saya nak tukar doktorlah macam ni.” 
     “ Eh, takkan merajuk kut? Janganlah macam tu. Awak duduklah dulu. Saya bergurau aje. Sorrylah,” pujuk Dr. Henry.
     Heh? Tahu pulak nak pujuk. “ Tahu pun. Dah check saya cepat!”
     Tergamam Dr Henry. Tak pernah-pernah ada pesakit cakap macam tu dengan dia. Mem besar betullah minah ni.
     Setelah selesai sesi ‘check menngecheck  Dr. henry mengajak Misliha keluar makan tengahari. Tetapi ditolak keras oleh Misliha. Ah! Misliha Hadad. Perempuan ni susah nak game betullah.
     “ Betul ni tak nak keluar makan dengan saya?” soal Dr. Henry lagi. Ya! Dia takkan putus asa!
     “ Hei! Awak ni Doktor jenis apa hah? Bengap semacam? Saya cakap tak nak tu, tak nak lah! Tak faham-faham ke?” akhirnya, bom meletup! Kebabooom!
     “ Aik? Baru tanya je dah kena marah? Agaknya kalau saya dah jadi suami awak macam mana ek?” hahahah. Aku ni lagi tambah minyak petrol ke dalam api.
     “ Ngeee! Awak nikan! Haish!” Aku memang tak boleh nak ‘click’ dengan lelaki ni! Sepuk kang!
     Misliha menekan punat keretanya. Teet! Terbuka sudah  lock kereta Toyota Rush itu. Aku nak blah. Malas nak melayan karenah doktor mental ni.
     Belum sempat Misliha menerobos masuk ke dalam keretanya Dr. Henry terlebih dahuku sudah masuk ke dalam Toyota Rush berwarna merah cili itu. Wow! Kereta mengancam, tuan terancam! Hehehe.
     Al-mangkuk de Ayun punya doktor mental! Sukati dia jer nak main terjah kereta orang. Namanya aja orang berpelajaran, tapi macam tak sekolah! Geramnya ya Rabbi!
     “ Awak nak keluar ke tak nak?” soal Misliha dengan kasar. Geramnya semakin membuak apabila Dr. Henry menarik tali pinggang keledar keretanya.
     “ Erm? Nope. Cepatlah start enjin. Saya dah lapar ni.”
     “ Kan saya dah cakap. Saya tak nak lunch dengan awak. Saya nak lunch kat rumah!”  terang Misliha. Giginya diketap. Geram.
     “ Kalau macam tu bawak saya lunch kat rumah awaklah.”
     Selamba aja muka dia tu cakap ekk. Dia ingat dia tu siapa nak lunch kat rumah anak dara? Err? Aku ni dara lagi ker? Ahh, lantaklah!
     “ Awak memang tak nak keluar lah ni?” mengalah ajalah Misliha. Dia ni memang tak akan faham bahasa!
     “ Yup!” Jawapan yang teramat sangat menaykitkan hati Misliha.
     Okay then. Kita pergi lunch. Awak nak makan kat mana?” pasrah ajelah Misliha.
     “ Angsana. Kenny Rogers Roaster! ”


     Dengan langkah yang lemah longlai Misliha menapak ke dalam rumah sewanya itu. Tak puas hati betullah dengan doktor mental tu. Ish! Ada ke patut dia belikan barang bayi untuk aku. Dia ingat ni anak dia ke apa agaknya? Tak pun dia ingat aku ni dah pokai sangat ke sampai tak ada duit nak beli barang bayi?
     Misliha membuka plastik UO dan Anakku itu satu persatu. Memang lengkaplah apa yang dibelikan oleh doktor mental tu. Dari barut bayi sehingga ke sarung tangan dan kaki. Lengkaplah semuanya. Beg bayi pun ada. Rasa terhutang budilah pulak. Aku ni pulak ada prinsip. Prinsip aku simple je, jangan terhutang budi, nanti tergadai body! Hahaha. Takkan dia nakkan body aku yang memboyot ni. Walaupun perutnya memboyot, tetapi tidak dinafikan badan milik Misliha masih langsing. Tu pun kalau tengok dari belakanglah. Kalau dari depan, hancuss!
     Hari sudah semakin petang. Penat juga aku pusing-pusing UO dengan doktor mental tu. Tapi bagus juga. Boleh mengisi kebosanan aku sepanjang hari. Ikutkan hati, aku nak kerja. Tapi si Maldy tak bagi, dia kata duit simpanan aku banyak lagi, boleh tanggung hidup aku selama setahun setengah. Pandailah dia. Bank aku jugak yang semput nanti. Bukan bank dia. Budak kurang asam tu siap ugut aku lagi. Dia cakap kalau aku degil, dia nak hantar report kat Mama. Hampeh!
     Memang saja tau Maldy ni pedajalkan kakak sendiri. Patutlah beria sangat suruh aku pergi klinik tu. Haish.  Rupanya memang nak kenenkan aku dengan si doktor M tu. Mental! Tunggu dia, kalau dia balik nanti memang  kene fire kaw-kaw dengan aku! Geram mak ni nyahh!

     Fitry menyua segelas Milo panas kepada Dr.Henry. Dia menggaru kepalanya melihat gelagat Dr.Henry sejak dua menjak ni. Sebenarnya sejak berjumpa dengan bakal janda muda tu. Sesekali dilihat Henry sedang tersengih sendiri, kemudian termenung panjang. Ha! Tengok tu, termenung lagi!
     “ Termenung ku sendiri….” Fitry sudah mula menyumbang suaranya yang sedia sumbang itu. Malam ni katak off duty.Fitry on duty! Hahaha.
     “ Kau jangan nyanyilah. Tak pasal-pasal tak kering baju aku,” marah Dr.Henry.
     “Kau ni kenapa hah?”
     “ Kenapa apa der?”
     “ Macam orang angau aje? Hah! Cakaplah kau tengah angau kat bakal janda muda a.k.a. bakal kakak ipar aku?”
     “ Kalau aku cakap ya macam mana?” Dr.Henry bermain tarik tali.
     “ Kau jangan macam-macam. Dia tu belum sah cerai lagi. Kalau laki dia datang debik kau nanti macam mana?”
     Dr.Henry mengalihkan pandangannya ke muka Fitry. Nafasnya ditarik sedalam-dalamnya.      “ Aku tak kisahlah bro. Hati aku dah suka, nak buat macam mana?”
     “ Kau jangan bro, niaya nanti. Maldy cakap suami dia ceraikan dia sebab dia curang.”
     “ Dia curang ke? Tak kan?”
     “ Maldy cakap tak. Aku percaya. Sebab aku tengok dia tu pun mana nampak jahat. Aku rasa yang jahat tu laki dia, bukan dia,” jelas Fitry.
     “ Ha! Tahu pun. Dia tu mencabar! Sebab tu aku suka. Dalam mencabar, ada juga kelembutan dan gila-gilanya. Mulut dia pulak, pergh! Tak pakai filter wa cakap lu! Tapi mata dia…aku suka sangat tengok mata dia. Comel! ” tanpa Dr.Henry sedari dia telah meluahkan perasaannya terhadap Misliha kepada Fitry.
     “ Wow! Indahnya ungkapan kata-kata cinta kau tuh??? Semenjak putus cinta dengan betina curang tu kau suka janda pulak ke? ” sindir Fitry. Fitry ni kalau bab sindir-sindir memang first class!
     “ Hei! Janda bukan sebarang janda. Ini kopi janda, sekadar berniaga, bukan nak menggoda!” Dr. Henry menyanyi lagu tema kopi Janda bagi mengurangkan rasa segan yang sedang menebal dalam dirinya. Aku tengah malu nih. Kurang asam tengik betullah si Fitry ni. Mentang-mentang si Maldy tu anak dara lagi.
     “ Fitry, aku rasa lebih baik dapat janda daripada dara yang tak dara lagi. Sekurang-kurangnya janda tu baik, comel dan kelakar,” sambungnya lagi.
     Kini giliran Fitry pula menghela nafas panjang. “Suka hati kau lah bro, kau pikatlah bakal janda tu sampai dapat. Boleh kita jadi biras lepas ni.”
     Hanya senyuman yang mampu menghiasi bibir Dr.Henry tatkala mendengar kata-kata yang zahir dari mulut Fitry.


     Terpisat-pisat Dr.Henry mengangkat panggilan daripada Blackberry-nya. Haish! Siapalah yang telefon aku pagi-pagi buta ni? Kacau mimpi aku betullah!
     “ Hello? Henry? Henry!!!” jerit Maldihah dari corong Blackberry milik Dr.Henry.
     Wooo! Maldihah ni tak boleh nak slowkan volume dia ke pe? Bergegar eardrum aku! Tapi apa ke halnya perempuan ni call aku pagi-pagi ni? Salah number ke? Tapi tadi dia panggil nama aku?

     “ Henry? Are you there?” jerit Maldihah sekali lagi.
     Yes. Yes! I’m here! Kenapa ni? Tarzan off duty ke malam ni?” sempat lagi Dr. Henry ni tukar proffesion jadi lawyer buruk! Heheheh. 
     “ Kau jangan main-main boleh tak? Kak Mis ni. Dia pengsan, dia terjatuh dalam tandas. Banyak darah keluar. Tolong aku! Datang sini sekarang!” sekali lagi…Maldihah menjerit.
     “ Hah? Aku datang sana sekarang!” dengan sepantas kilat Dr.Henry bangkit dari katilnya. Kunci kereta dicapai. Nasib baiklah apartmentnya dan rumah sewa Misliha dan Maldihah sangat dekat. Lima minit dah sampai.
     Dr.Henry menyerbu masuk ke dalam rumah sewa itu. Dia mendukung Misliha yang pengsan itu masuk ke dalam keretanya. Bau darah yang menghanyirkan keretanya tidak dipedulikan, yang penting Misliha dan bayinya selamat.
     Sebelum itu sempat Dr.Henry berpesan kepada Maldihah agar berjumpanya di klinik miliknya. Memandangkan Maldihah perlu mengambil masa untuk mengunci pintu, Dr.Henry terpaksa pergi terlebih dahulu. Nyawa Misliha dalam tangannya.
     Misliha dibawa ke kliniknya. Dr.Henry memeriksa wanita yang dicintainya itu. Humm. Terpaksa dibedah juga pagi ni.
     Selepas beberapa jam mengharungi pembedahan. Misliha akhirnya selamat melahirkan seorang bayi lelaki. Memandangkan bayi itu tidak cukup bulan, Dr.Henry terpaksa meletakkan bayi itu ke dalam incubator. Misliha dimasukkan ke dalam wad di kilniknya. Keadaan wanita itu agak stabil selepas dibedah.


     Akak kat mana ni Maldy? Kenapa perut akak kempis? Mana baby akak?” Misliha sudah mulai menggelabah.
     Maldihah pun turut menggelabah. Aku nak cakap apa ni? Kak Mis dah macam orang nak menagis tu…
     Dr. Henry masuk ke dalam wad yang menempatkan Misliha dan lima orang wanita lain. Doktor muda itu segera meluru kearah Misliha apabila mendapati wanita itu sedang menangis. Maldihah pula kelihatannya seperti sedang memujuk kakaknya yang sedang menagis.
     “ Misliha? Kenapa ni?” soal Dr. Henry. Cemas.
     “ Mana anak saya, Henry? Mana?” terhinggut-hinggut bahu wanita itu menangis.
     Dr. Henry segera mendakap wanita yang dicintainya itu. “ Rileks okay? Baby awak okay. Cuma dia dalam incubator. He is as strong as his mummy!
      “ Anak saya lelaki? Boleh saya tengok dia?” Misliha sudah semakin tenang dalam dakapan Dr. Henry yang berdada bidang dan bertubuh sasa itu.
      “ Buat masa ni. Awak rehat dulu. Selepas awak bangun, saya janji akan bawa awak jumpa dia. Awak rehat dulu ya?” arah Dr. Henry dengan lembut. Dia mahu menjaga emosi wanita itu.
      Tanpa sebarang kata yang terzahir dari mulut, Misliha kembali tidur dalam dakapan Dr. Henry. Dia rasa selamat berada dalam dakapan hangat itu.
      “ Err? Aku balik sekejap ya. Aku nak ambil barang kak Mis dengan baby. Kau tolong jaga kakak aku baik-baik ya? Terima kasih.” Maldihah tiba-tiba menyampuk.
      No problem, my pleasure Maldy.”


     Selepas berpantang di kampungnya di Pontian, Johor. Misliha kembali ke rumah sewanya semula. Selama keberadaannya di kampung, Dr. Henry merupakan manusia yang rajin melayannya. Doktor muda itu tidak putus-putus menziarahinya dan Affan Naqlis di kampung.
     Kepulangannya semula ke Johor Bahru turut dihantar oleh Dr. Henry. Lelaki itu amat prihatin terhadap dirinya dan juga Affan Naqlis.
     “ Midad, are you okay?” tegur Dr. Henry apabila melihat Misliha termenung jauh.
     “ Midad?” soal Misliha.
     “ Ya. Misliha campur Hadad. Jadi Midad. Awak tak kisahkan kalau saya panggil awak Midad?”
     “ Tak lah. Awak panggillah saya apa pun yang awak nak panggil. Saya tak kisah. Saya banyak terhutang budi dengan awak. Saya tengah sedih sangat ni. Awak pun tahukan? Lahirnya Affan Naqlis ke dunia ni bermakna saya sudah sah diceraikan oleh suami saya. Saya benci dengan bekas suami saya. Sepatutnya dia yang berada ditempat awak sekarang ni. Dia yang sepatutnya menguruskan kebajikan saya dan Affan, bukan awak. Dia jugalah penyebab Affan wujud dalam dunia ni tanpa kasih sayang seorang ayah yang tak bertanggungjawab macam dia.” Misliha sudah menangis disebelah Dr. Henry yang sedang memandu.
     “ Saya minta maaf dengan apa yang terjadi dalam hidup awak. Boleh tak saya mengisi ruang kosong tu dalam hidup awak dan Affan?”
     “ Apa maksud awak?” soal Misliha. Dia tidak faham dengan apa yang cuba dikatakan oleh Dr. Henry itu.
     “ Kita kahwin. Saya cintakan awak Midad. Saya juga sayangkan Affan macam anak saya sendiri. Tolong jangan tolak lamaran saya. Terima saya. Jangan kecewakan saya,” Dr. Henry merayu kepada Misliha untuk menerima cinta yang dihulurkan.
     “ Tapi saya Cuma janda muda. Saya tak ada apa-apa yang istimewa dalam hidup saya. Saya tak sempurna. Awak carilah anak dara yang lagi baik daripada saya di luar sana.”
      No. Awaklah wanita yang paling sempurna pada saya. You know what? Tyra Banks quote are the same as mine. Perfect is boring, human in beautiful. Kesempurnaan bagi saya membosankan, tetapi manusia macam awak merupakan kecantikan bagi saya. Saya cintakan awak Midad. Lagipun awak cakap Affan memerlukan kasih saying seorang ayah. Then, let me be his dad. Tolong jangan hampakan saya,” Dr. Henry masih lagi tida berputus asa memujuk wanita yang dicintainya itu untuk menerima dirinya.
     “ Saya minta maaf. Tapi saya tak boleh terima awak.” Misliha menolak lamaran Dr. Heny mentah-mentah.
     “ Tapi kenapa?” lelaki itu tidak berpuas hati dengan penolakan Misliha. Dia ditolak mentah-mentah.
     “ Sebab awak bukan orang Islam. Awak orang kafir,” jawab Misliha dengan jujur.
     What???”


     Mimpi apa agaknya lelaki itu menjejakkan kaki ke rumah sewanya setelah berbulan lamanya tidak bersemuka. Misliha benci dengan kedatangan Ahmad Zihan ke rumah sewanya.
     “ Mis apa khabar?” lelaki itu memulakan mukhadimahnya.
     “ Saya baik-baik aje. Kenapa awak datang sini?” soal Misliha dengan kasar. Lelaki ini yang membuatkan dia memegang tittle janda seawal dua puluh enam tahun.
     “ Kenapa Mis berkasar dengan abang ni? Mis tak sayangkan abang ke?” Ahmad Zihan masih berusaha untuk memilik semula Misliha yang sudah diceraikannya.
     “ Jangan nak mengada-ngadalah. Awak nak apa ni? Awak dah ceraikan saya kan? Sudahlah. Ada apa nak cari saya? Tak boleh ke awak biarkan saya dengan Affan hidup gembira?” marah Misliha. Dia tidak boleh berlembut dengan lelaki ini.
     “ Jadi nama anak kita Affan? ” Ahmad Zihan tersenyum manis.
     “ Affan tu anak saya. Awak tak pernah mengaku pun dia anak awak. So, awak boleh blah!” Misliha meninggikan suaranya kepada lelaki itu. Mereka sudah sah bercerai. Tiada istilah nusyuz jika aku bersikap kurang ajar dengan dia.
     “ Kenapa Mis berkasar dengan abang ni? Mis tak pernah macam ni sewktu kita masih berkahwin dulu.” Ahmad Zihan turut meninggikan suara kepada Misliha.
     “ Awak jangan marah saya pula. Awaklah orang yang bertanggungjawab menjadikan saya macam ni. Ini semua kerana awak.”  Aku peduli apa orang nak cakap. Janji lelaki ni berambus dari rumah aku!
     “ Maafkan abang Mis. Abang tahu abang bersalah. Abang datang nak tebus balik kesilapan abang. Abang nak rujuk semula dengan Mis.”  
     What? Awak simpan ajalah niat suci murni awak tu. Saya takkan rujuk semula dengan awak. Mana perginya Fasha? Perempuan yang awak cintai sepenuh hati awak tu?” Misliha masih tidak mahu berhenti menyakitkan hati Ahmad Zihan.
     “ Fasha? Dia dah tipu abang. Dia dah larikan duit abang dengan lelaki lain,” jawab Ahmad Zihan. Jujur.
     “ Hah! Padanlah dengan muka awak! Sekarang ni saya minta sangat awak dengan segala hormatnya berambus dari rumah saya ni sebelum saya telefon polis!” Tak boleh jalanlah dia ni. Kena ugut pakai nama polis jugak!
     Ahmad Zihan terpaksa beredar apabila Misliha mengugutnya. Dia telah cuba untuk memenangi hati wanita itu semula. Tapi dia gagal. Dia terasa amat bodoh sekali kerana telah melepaskan wanita sebaik Misliha Hadad dan juga puteranya. Kini, kebodohannya memakan semula dirinya.
     “ Awak! Tunggu!” panggil Misliha. Dia rasa bersalah untuk melepaskan Ahmad Zihan pergi sebelum melihat darah daging lelaki itu sendiri.


     Ibu! Abah panggil!” jerit Affan Naqlis yang kini sudah berusia tiga tahun. Anak kecil itu semakin lasak sejak akhir-akhir ni.
     Misliha mendukung anak sulungnya yang comot itu masuk ke dalam rumah. “ Mana abah?” soal Misliha kepada Affan.
     “ Entah? Tadi ada. Abah dalam bilik kut. Abah cakap tadi Ulfa dengan Nuha nak susu. Abah cakap dia tak ada susu, ibu aje yang ada susu,” petah sahaja mulut mungil Affan berkata-kata. Siap buat flashback sekali. Misliha ketawa.
     “ Mana abah ni. Nak kena dia ni. Ajar anak ibu bukan-bukan. Abang! Abang? ” Misliha melaung memanggil suaminya.
     “ Ya, sayang? Kenapa ni? Abang tengah tidurkan Ulfa dengan Nuha ni. Senyap sikit ye,” Suami Misliha seakan berbisik. Dia tidak mahu anak perempuan kembarnya bangun dari tidur.
     “ Ops! Sorry. Tadi Affan kata kembar nak susu. Awak cakap apa dengan anak saya tadi? Tak senonohlah awak ni,” marah Misliha seraya memulas cuping telinga suaminya yang nakal itu.
     “ Wooo! Anak sayang anak abang jugak he? Jangan nak pertikaikan lagi hal tu. Dah nak masuk tiga tahun kita kahwin.” Dr. Henry pura-pura memarahi isterinya.
     “ Janganlah merajuk bang. Buruk tau kalau Dr. Henry merajuk,” pujuk Misliha.
     “ Midad! Abang bukan Dr. Henry lagi tau. Abang dah jadi Dr. Umar,” bersungguh-sungguh Dr. Umar menjelaskan kepada isteri terchentanya yang kadang-kadang keras kepala itu.
     “ Yalah Dr. Umar!” Misliha menekan kuat nama suaminya itu.
     Kini, Misliha Hadad sedang mengecap bahagia bersama suami terchenta dan anak-anak yang sihat dan riang. Hasil perkahwinannya selama tiga tahun, Misliha dan Dr. Umar dianugerahkan sepasang anak perempuan kembar bernama Ulfa Damia dan Nuha Liana.
     Selepas lamaran Dr. Umar ditolak tiga tahun dahulu, Dr. Umar merajuk sehingga berbulan lamanya kerana Misliha mengatakan bahawa dirinya seorang kafir. Misliha tidak tahu bahawa Dr. Umar telah dua tahun memeluk agama Islam sebelum berjumpa dengan Misliha sehinggalah Maldihah dan Fitry menerangkan kepadanya.
     Kerinduan terhadap Dr. Umar yang kerap bertandang memaksa dirinya untuk bertemu kembali dengan doktor yang telah berjaya mencuri hatinya itu. Dia tidak mahu Dr. Umar melepaskan dirinya.
     Jenuh juga Misliha hendak memujuk Dr. Umar kesayangan itu. Sehingga Misliha terpaksa berbohong dan mengugut lelaki itu dengan menyatakan bahawa dia akan meninggalkan bumi Malaysia.  
     Akhirnya lelaki itu terpujuk juga. Dr. Umar telah bertandang ke rumah Misliha seminggu selepas itu. Memandangkan kedua ibu bapa Dr. Umar meninggal dunia ketika menjalankan umrah, lelaki itu datang seorang diri.
     Pada mulanya, hasrat Misliha dan dr. Umar untuk bersama ditentang hebat oleh Mama Misliha, tetapi apabila Dr. Umar mengaku bahawa dirinya seorang doktor, sejuk sedikit hati wanita tua itu. Mama memang memandang pada status. Misliha berdoa agak mamanya itu berubah, suatu hari nanti. Insyaallah.
     Ahmad Zihan pula telah membawa diri keluar Negara saat dia mengetahui bahawa Misliha akan diijabkabulkan dengan lelaki yang menjadi pilihan hati wanita itu. Dia juga telah berjanji akan menjadi bapa yang bertanggungjawab kepada Affan Naqlis. Sebelum bertolak ke luar Negara, Ahmad Zihan telah menyerahkan buku akaun bank kepada Misliha. Setiap bulan dia akan memasukkan sejumlah wang kedalam akaun itu sebagai nafkah kepada Affan.
     “ Kak! Abang Umar! Buat apa lagi kat dalam bilik tu? Tetamu semua dah sampai ni. Majlis dah nak bermula,” jerit Maldihah dari luar bilik.
     Maldihah pula telah selamat diijabkabulkan dengan Fitry Azrai setahun selepas Misliha dan Dr. Umar menikah. Hasil perkahwinan pasangan itu, mereka telah dikurniakan seorang bayi perempuan bernama Nia Kirana.
     “ Ya! Kami datang ni. Taulah baby Nia Maldy tu tak sabar-sabar nak potong jambul. Kut ya pun janganlah jerit-jerit macam Tarzan. Dari anak dara sampai dah jadi mak budak tak ubah-ubah perangai tu.” Misliha menyahut panggilan Maldihah dengan bebelan.
     “ Maldy, nanti suruh Fitry datang klinik abang.” Dr. Umar pula sibuk menyampuk. Affan Naqlis berada dalam rangkulannya. Anak kecil itu lebih manja dengannya berbanding dengan Misliha.
     “ Kenapa?” Soal Maldihah. Pelik. Setahunya, abang Fitry tiada masalah. Okay aje, tak ada sakit ‘tuan’ pun.
     “ Abang nak periksa telinga dia. Manalah tahu gegendang telinga dia pecah. Hahahaha,” memang seronok menyakat dua beradik ni. Kadang-kadang dia dan Fitry akan team-up untuk mengenakan dua beradik itu.
     Misliha hanya ketawa apabila melihat Maldihah menayangkan muncung sejengkal. Dia sangat bahagia menjalani hidup sebagai seorang isteri kepada Dr. Umar Bin Abu Bakar dan ibu kepada Affan Naqlis, Ulfa Damia dan Nuha Liana.
     Dia tidak pernah lupa mendoakan kebahagiaan keluarganya selepas solat. Dia berharapa agak keluarganya sentiasa ceria dan bahagia sehingga ke akhir hayat. Tiada apa yang dia mahu selain suami yang menyayangi dirinya sepenuh hati dan anak-anak yang membuat bibirnya mengukir senyuman.
     Saat dia menjadi janda muda, seorang lelaki bernama Umar Abu Bakar  a.k.a. Henry Wright datang menghulurkan salam cinta untuknya. Semoga cinta kami berkekalan, amin.  ‘Midad cintakan abang!’ jerit Misliha dalam hati.    

     P/s: Ini merupakan cerpen pertama dari saya(penulis amatur) yang baru berumur 17 tahun…segala komen/komplen amat-amat diperlukan untuk saya melangkah ke alam penulisan dengan lebih baik. Sekian terima kasih dari saya. J